Terma & Syarat

1. Anda boleh tempah sebarang produk dengan pihak kami dengan syarat anda mesti membayar 100% harga keseluruhan produk yang anda inginkan.

2. Jika ada pertindihan pesanan produk, pihak Chessaurus Corporation akan mendahulukan kepada mereka yang terlebih awal memaklumkan pesanan.

3. Penghantaran akan dibuat pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis dan Sabtu. Pesanan anda akan sampai selewat-lewatnya 3-4 hari bagi kawasan tertentu dan selewat-lewatnya 6 hari bagi kawasan yang agak terpencil.

4. Kos penghantaran adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.

5. Pihak Chessaurus Corporation akan memeriksa setiap produk sebelum dipaparkan di web dan sebelum diposkan kepada pelanggan demi menjaga kualiti produk dan kepuasan pelanggan. Jika berlaku sebarang kerosakkan atau kecacatan produk disebabkan khidmat pos, kos memulangkan balik produk kepada kami akan ditanggung oleh anda, dan kos penghantaran pulang produk ke tangan anda akan ditanggung oleh kami.

6. Pihak Chessaurus Corporation hanya akan menanggung sepenuhnya kos pos jika berlaku kesilapan daripada pihak kami. Sebagai contoh, pesanan produk tidak sama dengan tempahan yang dibuat.

7. Sekiranya pesanan anda tidak sampai pada masa yang ditetapkan, sila maklumkan kepada pihak kami dengan kadar yang segera.

8. Sila simpan maklumat pembayaran untuk tujuan semakan jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika segala di atas tidak dipatuhi jika anda ingin menuntut sesuatu kelak.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.